Selamat Datang

Jom kita belajar seba sedikit tentang Orderla.my

Selamat datang ke halaman Guides Orderla.my.

Orderla.my digunakan untuk membina halaman jualan yang boleh dihantar ke WhatsApp anda.

Setiap akaun mempunyai URL store masing-masing seperti kedaisaya.orderla.my.

Anda boleh set URL tersebut redirect kepada specific form jualan juga.

Jom kita mulakan membuat form jualan. Form jualan tersebut akan boleh diakses melalui URL seperti kedaisaya.orderla.my/form_saya.

Bermula Di Sini!

Orderla Basic

Jika anda telah mendaftar dengan Orderla anda adalah dalam pelan Basic.

Pelan Basic mempunyai ciri-ciri lengkap untuk anda bermula untuk buat jualan melalui WhatsApp.

Ianya percuma, sepanjang anda ada akaun basic dan juga sepanjang kami dapat beroperasi. Kami tidak akan share atau menjual data anda kepada mana-mana pihak kecuali dengan persetujuan anda. Hal ini termasuk dengan pengguna Plus juga.

Business model kami adalah memalui pelan Plus yang menawarkan lebih features yang lebih hebat agar dapat membantu usahawan menguruskan order mereka dengan lebih efisyen dan sistematik

Orderla Plus

Belajar lanjut mengenai Orderla Plus. Bagaimana anda boleh menggunakan semua features yang kami tawarkan.

Antara features Orderla Plus adalah:

Payment Gateways

Dengan menggunakan payment gateways anda dapat sistematikan cara anda mengambil pembayaran melalui customer anda.

Anda boleh gunakan payment gateways yang popular di Malaysia untuk diintegrasi dengan borang tempahan Orderla. Payment gatways tersebut adalah: Billplz, SenangPay, ToyyibPay dan Bizappay. Dan juga kita support payment gateway antarabangsa Stripe.

Orderla Admin Mobile App

Selain anda menggunakan aplikasi WhatsApp, anda juga boleh mengunakan aplikasi Orderla Admin untuk iPhone dan juga peranti Android ( download di sini: https://orderla.my/apps ).

Ciri-ciri terbaik yang ada pada Orderla Admin mobile app adalah anda akan dapat notifikasi bila ada order baru yang datang.

Juga anda dapat juga notifikasi bila payment sudah dibuat oleh customer anda, jadi anda tidak perlu follow-up bila payment sudah dibayar.

Selain itu, anda juga dapat manage orders anda dengan lebih mudah dan cepat melaui mobile app.