Appointment / Booking System
Set Date & Time Slots to Your Customer
Pergi ke halaman editing Form, kemudian pergi ke tab 'Date & Time Slots'.

Hidupkan switch kepada on, agar settings 'Date & Time Slots' dapat dihidupkan.

Kemudian pergi ke tab di 'Date & Time Slots' ke 'Availability Setup' untuk setup hari-hari anda bekerja yang boleh dipilih oleh pelanggan.

Di Availability Setup ini, anda boleh set kan Cut-off Time, Future days Business Days, Business Hours dan sebagainya.
Cut-Off Time ( hours / days ) masa dalam jam atau hari. Ia adalah untuk mengelakan dibooking di akhir waktu. Boleh set kan tidak boleh booking pada hari yang sama dengan set 1 hari 'cut-off time (day)'. Ataupun jarakan ke jam yang berikutnya dengan set 1 jam 'cut-off time (hour)'.
Jika anda tidak mahu cut-off time biarkan ia menjadi 0 hour.
Future Days adalah untuk memberikan berapa hari dari hari ini yang boleh dipilih oleh pelanggan.
Business Days / Hours boleh set kan hari apa dan waktu pembukaan dan penutupan kedai. Biasanya hari ni boleh set dari Isnin hingga Jumaat.
Time Stepping untuk set berapa lama tempoh untuk satu-satu slot yang boleh dipilih oleh pelanggan.
Break Time juga terdapat untuk memberikan blok dalam satu hari untuk tujuan rehat.

Setelah anda isi kesemuanya anda boleh tekan Save. Kemudian lihat pada tab 'Overview'.

Di sini anda boleh melihat time slots yang digenerate berdasarkan 'Setup Availability' anda.
Kini anda boleh ke preview form anda.

Sekarang pelanggan anda boleh memilih tarikh dan waktu yang sesuai dengan mereka.
Data ini akan disimpan sekali dengan order yang mereka kirimkan.
Untuk mengakses portal ini boleh layari di https://orderla.my/admin/calendar (pastikan anda logged in).


Last modified 2yr ago