[Archived] [BM] Bina Form Jualan Pertama Anda

New version is Build your First Form

Pertama sekali, cara untuk akses forms adalah melalui menu kiri.

Di sini anda boleh lihat senarai forms yang telah anda buat.

Klik pada butang hijau 'Add New Form' untuk buat form yang baharu.

Create New Form

Di sini anda boleh isi Title (nama form anda), URL Name (ia diisi dengan automatik, tapi anda boleh mengubahnya mengikut kesesuaian).

Juga optionally boleh isi Business Location anda. Ia berguna kepada pelanggan yang mencari peniagaan yang dekat kepada mereka.

Klik butang 'Save' untuk disimpan ke dalam database dahulu.

Edit Form Baru Tersebut

Selepas anda Save form tersebut, kita akan masuk dalam 'edit' mode di mana, kita boleh pergi ke seksyen-seksyen yang lain dalam form tersebut.

Tapi, pertama sekali kita akan lengkapkan maklumat untuk tab 'Basic' ini.

Bila scroll ke bawah kita akan nampak WhatsApp to, secara default ia akan dihantar kepada nombor kita, seperti yang di daftarkan.

Jika anda ingin menghantar kepada nombor WhatsApp lain, juga select multiple numbers yang boleh di'rotate' secara automatik, anda boleh upgrade plan anda ke Plus.

Kemudian anda boleh pilih bahasa yang ingin digunakan.

Featured Image ini digunakan semasa anda share link form ini di social media, gambar ini akan muncul sekali. Ia bagus untuk menarik prospek menekan link form anda.

Main Content adalah isi intipati form anda. Anda boleh letakan teks, imej, video, table dan bermacam lagi.

Tips kami adalah letakan gambar 'hero' yang menarik dan jadikan width dia '100%'. Ia akan nampak cantik untuk paparan mobile phone juga desktop.

Kemudian masukan copywriting yang menyegat agar prospek anda berminat untuk membeli dengan anda.

TIPS: Ada kaedah PESTA, iaitu Problem, Exegerate, Solution, Testimony and Action.

Pastikan anda klik 'Save' setelah anda buat pembaharuan.

Masukan Produk Anda

Jom kita tengok macam mana nak listkan produk anda. Pertama sekali pergi tab 'Products'.

Di sini anda akan nampak tiada seksyen dan produk.

Orderla menggunakan konsep produk dalam seksyen agar produk kita kelihatan kemas dalam kategori yang sama. Juga memudahkan pelanggan untuk pilih barangan yang kita jual.

Pertama sekali 'Add Section'. Namakan seksyen ini mengikut kategori produk yang anda ingin jual.

Contoh: Makanan, Minuman, Menu Tambahan. Jika anda rasa tiada idea, boleh saja letak General. Make sure kena ada seksyen sahaja.

Seterusnya, masukan produk ke dalam seksyen yang anda buat tadi.

Isikan sekurang-kurangnya Name (nama produk anda), Limit (bilangan item yang boleh diselect oleh pelanggan anda, kalau 0 pelanggan tidak boleh pilih produk itu) dan Price (letakan nombor 0 untuk free atau nombor dengan perpuluhan).

Selain itu anda boleh masukan description, weight (berat), image (gambar) dan SKU (stock keeping unit).

TIPS: amat penting untuk letakan gambar pada setiap produk agar pelanggan tahu bagaimana bentuk rupa barang tersebut.

Gambar tu sebaiknya hi-resolution sebab gambar itu boleh dilihat secara besar.

Setelah masukan maklumat tentang produk itu boleh klik 'Add' untuk simpan produk itu dalam form kita.

TIPS: Bila anda mengubah item-item Products, ia akan di-save secara automatik. Tapi kalau anda tidak yakin boleh klik butang 'Save' setiap kali buat pembaharuan.

Ubah-suai kedudukan Seksyen dan Produk

Dengan Orderla, anda boleh menyusun atur produk dengan cara drag-and-drop. Manakala anda boleh menaik atau menurunkan kedudukan seksyen dengan menekan butang naik turun.

Preview Form Anda

Klik pada 'Open Form' untuk preview form yang telah anda bina setakat ini.

Gunakan link tersebut untuk share kepada rakan, famili dan prospek anda.

Cuba pilih produk degan tekan butang '+', nombor akan bertambah, dan anda boleh tekan 'Proceed'.

Orderla akan memaparkan Order Summary dahulu sebelum pelanggan boleh tekan 'Send via WhatsApp' untuk menghantar kepada anda melalui aplikasi WhatsApp.

Jadi form ini berguna bila dibuka pada browse mobile phone kerana pasti mereka ada aplikasi WhatsApp yang terinstall. Jika dalam desktop, mungkin mereka ada WhatsApp versi desktop juga.

Seterusnya, pesanan tersebut akan dihantar ke WhatsApp nombor anda sebagai penjual dalam bentuk teks.

Pada masa yang sama sistem juga generatekan link 'Customer Order Page' di dalam mesej tersebut.

Order tersebut juga disimpan dalam database untuk rujukan dan management pada masa akan datang.

Last updated