> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://guides.orderla.my/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://guides.orderla.my/get-started/bagaimana-ia-berfungsi.md).

# \[BM] Bagaimana Order Form Berfungsi?

Pada ruangan list form anda, lihat pada link kepada form anda seperti berikut.

![Form List - https://orderla.my/admin/forms](/files/-MCc4jJLFJS1eikruUwk)

Lihat pada bahagian dalam kotak tersebut, ia merupakan link untuk buka form anda.

Right-click pada link tersebut, dan tekan **'Copy Link'**.

![](/files/-MCc51xzElMVfV3oC-3t)

Sharekan link tersebut kepada bakal pelanggan anda melalui WhatsApp Group, Facebook, Telegram, Telegram Group, Instagram bio dan sebagainya. Juga boleh digunakan bila anda buat online advertising juga.

## Contoh Ordering Form

{% embed url="<https://youtu.be/jC947Dp-23U>" %}

Bila anda share link tersebut, prospek dapat melihat terus produk / menu yang anda tawarkan.

Prospek boleh klik pada - / + untuk memilih produk yang ingin dibeli. Kemudian prospek boleh isi nama, no telefon, alamat email, dan alamat.&#x20;

Jika prospek terus tekan button **'Teruskan'** di bawah, jika belum maklumat wajib diisi akan keluar alert untuk meminta prospek berbuat demikian.&#x20;

> Jika delivery options disetkan, prospek wajib untuk memilih salah satu penghantaran juga.

Seterusnya, '**Order Summary**' akan terpapar. Anda boleh semak dahulu sebelum tekan butang **'Send via WhatsApp'**.&#x20;

![](/files/-MCc9I1KASSqiMRfTo3l)

Jika terdapat pembetulan prospek boleh tekan back atau pangkah untuk kembali edit borang tadi.

## Menghantar ke WhatsApp

Selepas prospek berpuashati dengan **Order Summary,** prospek boleh tekan **'Send via WhatsApp'**.&#x20;

Form tersebut akan generatekan teks ordering kepada nombor WhatsApp melalui aplikasi WhatsApp didalam mobile phone.&#x20;

Teks tersebut belum dihantar lagi selagi prospek tidak tekan button **'Send'** ( ikon biru ).

<img src="/files/MCmaIPHPBkApOecMxTyv" alt="" data-size="original">

Setelah pelanggan tekan butang send, seller akan dapat notifikasi melaui WhatsApp.&#x20;

## **E-Invoice for Customer**&#x20;

Di dalam mesej tersebut, disertakan sekali **Order Link** yang apabila dibuka akan di bawa kepada **Customer Order Page** seperti gambar di bawah.

<figure><img src="/files/To4czYHhZNkQbmJXN8ta" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

Jika anda adalah pemilik shop tersebut anda boleh buka ordering ini melaui:&#x20;

1. Scan QR Code. Anda akan dibawa ke halaman admin order tersebut.
2. Klik pada QR tersebut, ia sebenarnya adalah link untuk ke halaman admin juga.

> Login adalah diperlukan bila hendak membuka ordering management tersebut.

![](/files/-MCcE7K_9sgsoqATTdAs)

## Update Order Details & Status

Apabila anda buka page tersebut sebagai admin, melalui 2 kaedah tadi anda akan dapat paparan seperti berikut.

<figure><img src="/files/w9IiQCOgJHZO9KKEpX04" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

Anda boleh tekan pada **PDF** untuk generatekan Order Page dalam bentuk PDF.

Anda boleh update status order dan payment status di sini.

Maklumat pelanggan dan senarai tempahan ada di sini juga.
