SenangPay

Setup SenangPay di Orderla.my

Dengan akaun Plus anda boleh terima bayaran dengan menggunakan payment gateway SenangPay. Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakannya.

Daftar Akaun SenangPay

Tuan / puan boleh daftar di https://senangpay.my.

Info ringkas caj SenangPay (Link).

Setelah mendaftar, di SenangPay dashboard, di menu kiri (atau tekan hamburger menu pada smartphone), tekan pada dropdown di sebelah nama bisnes anda, klik pada Settings / Profile. Link‚Äč

Turun ke bawah sehingga kepada seksyen Shopping Cart Integration Link. Di sini anda perlu isi callback URL dan return URL 'https://orderla.my/payment/senangpay/verification'. Juga pastikan 'Hash Type Preference' adalah MD5.

Setup di Orderla.my Admin

Pergi ke Payment Gateway / SenangPay (Link). Pastekan Merchant ID dan Secret Key di ruangan tersebut. Kemudian, klik 'Update Change'.

Aktifkan Form Anda

Di form anda dalam edit mode, and pergi ke 'Payments', tick 'Enable SenangPay'. Kemudian klik 'Save'.

Semak Form Anda

Setelah save, buka form tersebut. Pastikan dibawah form memaparkan logo 'SenangPay'.

Cuba buat Order

Cuba isi order form tersebut untuk dihantar ke WhatsApp. Akan terpapar link payment menggunakan SenangPay.

Juga terdapat link payment 'SenangPay' di Order Info.

Jika maklumat pelanggan tidak lengkap, ia akan di bawa dahulu ke form lengkapkan makluman untuk pembayaran.

Seterusnya buyer akan dibawa ke halaman pembayaran SenangPay.

Ia akan di bawa kembali ke halaman Orderla.my untuk mengemaskini status pembayaran samaada berjaya atau tidak.

Pembeli boleh ke Order Info untuk melihat status pembayaran telah dikemaskini.

Nota

Setelah buyer berjaya membuat pembayaran melaui SenangPay, seller tidak boleh menukar 'payment status' kepada 'not paid'. Jika pelanggan refund boleh tukar kepada status 'cancelled'.