Bizappay

Cara untuk integrate payment gateway Bizappay dengan ordering form Orderla.

Daftar dulu akaun Bizappay anda di https://www.bizappay.com.

Dapatkan API Key

Login ke dalam akaun anda. Pada panel atas kanan, klik butang 'Settings'.

Di situ akan tertera no API key anda dengan format seperti ini:

6XXXXXX-XXXX-XXXX-XXXX-pz5dndz6344a

Dapatkan Category Code

Pada halaman utama Bizappay anda klik pada 'Category' seperti rajah di bawah.

Pada halaman Category, klik butang ''New Category'.

Masukan Category Name dan Category Description.

Category Code akan digenerate oleh sistem Bizappay.

Setup dalam Settings Orderla

Pergi ke halaman setup Bizappay di https://orderla.my/admin/payment-gateways/bizappay.

Masukan value yang telah anda dapat seperti di atas kemudian klik butang 'Update Change'.

Aktifkan Pembayaran Bizappay Anda

Pada form anda, pergi ke tab Payments, tandakan checkbox Enable Bizappay dan klik butang Save.