# \[BM] ToyyibPay

## Setup ToyyibPay di Orderla.my

Dengan akaun Plus anda boleh terima bayaran dengan menggunakan payment gateway ToyyibPay. Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakannya.

### Daftar Akaun ToyyibPay

Tuan / puan boleh daftar di <https://toyyibpay.com>.

Setelah mendaftar, di Toyyibpay dashboard, secret key akan berada di paling bawah di dashboard toyyibpay admin.

<figure><img src="/files/z4vEWyaDhs7Hs8hhBBGW" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

Kemudian, anda perlu ke seksyen 'Category'.

<figure><img src="/files/l1mS3X3wSe9zBSPa1o5m" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

&#x20;   &#x20;

Create new category jika belum ada. Category adalah cara ToyyibPay tahu pembayaran tersebut untuk tujuan apa atau dari mana. Dalam kes ini, ia dari Orderla.my.

### Penetapan di Orderla

Kemudian copy category code untuk dimasukan dalam setting's Orderla.

Boleh ke halaman 'Payment Gateway' / ToyyibPay di <https://orderla.my/admin/payment-gateways/toyyibpay>.

Kemudian, masukan parameter seperti yang diambil dalam gambar sebelum ini.

<figure><img src="/files/8WYNwvdIseUkmouOflRA" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

Seterusnya, di form yang telah anda bina, sila enablekan ToyyibPay pada seksyen 'Payments', kemudian tekan button 'save'.

<figure><img src="/files/4VXQkAz7X0s126exrIVc" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

Sila pastikan form anda ada logo 'ToyyibPay' sebagai tanda form tersebut sudah diaktifkan ToyyibPay. Juga untuk pelanggan anda tahu form tersebut menggunakan ToyyibPay juga.

![](/files/-MC3GG-icX_OF2IrIdDf)

### Test Penggunaan ToyyibPay

Cuba buat order dari pada form tersebut. Ia akan menghasilkan alamat terus ke pembayaran menggunakan ToyyibPay.

![](/files/-MC3GG-n2eptyfrlHuDK)

Pelanggan juga boleh membuat pembayaran dari Order Page juga.

![](/files/-MC3GG-k6NwpNMES_Nv5)

Dari salah satu cara tersebut, pelanggan akan dihubungkan ke portal pembayaran ToyyibPay.

Jika form terdapat maklumat yang tidak lengkap, form ini akan muncul dahulu.

![](/files/-MC3GG-lNgWY48PNnjY3)

Setelah pelanggan mengisi dengan lengkap dan betul baharu akan pergi ke portal pembayaran.

![](/files/-MC3GG-msBS5QF4oKxzm)

Pelanggan perlu pilih nak guna transfer bank online atau guna debit/kredit kad.

Secara default akan memaparkan online banking payment method, pelanggan boleh pilih online banking yang mereka ada. Kemudia tekan 'Proceed'.

Seterusnya akan ke portal pembayaran bank pilihan mereka.

Setelah transaksi berjaya, ia akan dihantar ke page Orderla untuk verifikasi, dan akan diupdate di **Order Page** pelanggan samaada pembayaraan berjaya atau tidak.

Pembayaran berjaya akan dimaklumkan oleh pihak ToyyibPay secara email.


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://guides.orderla.my/orderla-plus/pengenalan-payment-gateway/toyyibpay.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
