> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://guides.orderla.my/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://guides.orderla.my/orderla-plus/pengenalan-payment-gateway/senangpay.md).

# \[BM] SenangPay

## Setup SenangPay di Orderla.my

Dengan akaun Plus anda boleh terima bayaran dengan menggunakan payment gateway SenangPay. Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakannya.

### Daftar Akaun SenangPay

Tuan / puan boleh daftar di <https://senangpay.my>.

Info ringkas caj SenangPay ( [Link](https://orderla.my/notes/payment-gateways) ).

Setelah mendaftar, di SenangPay dashboard, di menu kiri (atau tekan hamburger menu pada smartphone), tekan pada dropdown di sebelah nama bisnes anda, klik pada **Settings / Profile**. [Link](https://app.senangpay.my/setting/profile)

![](/files/-MC3GG-TDq6NeXyP44oi)

Turun ke bawah sehingga kepada seksyen **Shopping Cart Integration Link**. Di sini anda perlu isi **callback URL** dan **return URL** '**<https://orderla.my/payment/senangpay/verification>**'. Juga pastikan 'Hash Type Preference' adalah **MD5**.

![](/files/0CrKZXgzxUdvjHW2RkRa)

### Setup di Orderla.my Admin

Pergi ke **Payment Gateway / SenangPay** ([Link](https://orderla.my/admin/payment-gateways/senangpay)). Pastekan **Merchant ID** dan **Secret Key** di ruangan tersebut. Kemudian, klik 'Update Change'.

![](/files/-MC3GG-VBQSrwAlTM6F6)

### Aktifkan Form Anda

Di form anda dalam edit mode, and pergi ke 'Payments', tick 'Enable SenangPay'. Kemudian klik 'Save'.

![](/files/-MC3GG-WgfPP3I5HVBHB)

### Semak Form Anda

Setelah save, buka form tersebut. Pastikan dibawah form memaparkan logo 'SenangPay'.

![](/files/-MC3GG-XjTdB46qCrQK5)

### Cuba buat Order

Cuba isi order form tersebut untuk dihantar ke WhatsApp. Akan terpapar link payment menggunakan SenangPay.

![](/files/-MC3GG-Yq2aCrvwWJ64K)

Juga terdapat link payment 'SenangPay' di **Order Info**.

![](/files/-MC3GG-Z2YUruuQj73aa)

Jika maklumat pelanggan tidak lengkap, ia akan di bawa dahulu ke form lengkapkan makluman untuk pembayaran.

![](/files/-MC3GG-_LKyEF280uUh-)

Seterusnya buyer akan dibawa ke halaman pembayaran SenangPay.

![](/files/-MC3GG-aSo9EoCdPay-8)

Ia akan di bawa kembali ke halaman Orderla.my untuk mengemaskini status pembayaran samaada berjaya atau tidak.

![](/files/-MC3GG-bNC8Ws8gdRkwk)

Pembeli boleh ke **Order Info** untuk melihat status pembayaran telah dikemaskini.

![](/files/-MC3GG-cDNsQ0RW3k4nk)

#### Nota

Setelah buyer berjaya membuat pembayaran melaui SenangPay, seller tidak boleh menukar 'payment status' kepada 'not paid'. Jika pelanggan refund boleh tukar kepada status 'cancelled'.
